Saturday, October 6, 2012

Logic & Emotion

Lesson learned today.

Lesson: Even logically I know 'my place', it's hard for logic to prevail over my emotion.

Result: Hurt...ouch..

Saturday, September 29, 2012

Belanjawan: Diskaun PTPTN



Belanjawan 2013 semalam: katanya insentif dalam bentuk pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Insentif pertama

Diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. 



Insentif kedua

Bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan. 



Aku rasa cara pertama, jauh panggang dari api. Sape yg baki bayaran balik dalam lingkungan 5k-10k mungkin boleh gunakan peluang yg ada ni utk selesaikan terus hutang PTPTN. Aku masih harapkan aku entitled utk option kedua. Tak tau macamana PTPTN akan kira tapi harap2 boleh nmpk perubahan pada akaun utang aku ni. Kalau tak, byr hampir 3k setiap tahun..tapi berkurangnye ade la 1k. Bayar RM200 sebulan, kos pentadbiran bulanan RM130. Cam aku byr RM70 je sebulan. Harap sgt belanjawan kali ni membantu. Hope for d best!!

Sunday, September 16, 2012

Weekend + Boring

Ape yang lagi menusuk keboringan..selama ni rasa weekend dgn tiada plan yg plg membosankan. Tapi skrg baru tau weekend yg bosan akan lebih tak bermakna bila tiada duit. Haishhh. Tak dapat ke mane2, window shopping pn..ntah2 myk keta pun xlepas ke sana. Dalam kpale dah start pikir, how I'm going to face another week before gaji.  Who's gonna be my banker? Tup..tup..tup..tup..bderet list name kuar kat kpale..hehehe 

Prinsip yg ditanam dr kecik..duit bukan segalanya. Sentiasa kukuh diingatan sehinggalah minggu terakhir sebelum gaji.

Alahai..ruginye cuti 3 hari xleh wat ape2..bkn selalu free mcm ni..

Sunday, July 29, 2012

Pilih untuk gembira

Semua orang nak gembira..tak nak sedih2. Tapi kenapa dalam seminggu, 1 hari kita sedih..kite mempersoalkan. Kenapa jadi macam ni, kenapa kena pada aku, rasa macam tak best..semua org pun kena tempias. Sedangkan..6 hari yang gembira..tak ingat nak bersyukur pun. Dalam 24 jam..1 jam kena marah dengan bos..abis 23jam lagi kita muram..entah2 dalam tido pn nangis..hehe.

Sebenarnya...

- Kita kena sedar..gembira tu pilihan kita. Kita yg pilih nak gembira ke bad mood. Kena marah pun..life must go on. Alih2 nanti, kena jumpa bos jugak.

- Kegembiraan tu magic. Bila kita buat org lain gembira..tersenyum..feeling yang best tu datang balik kat kita, tanpa kita sedar pun.

- Ambil endah dengan perkara-perkara kecil..bersyukur dgn ape yg kite dapat free macam appreciation, smile, pertolongan.... Dalam satu hari, kita selalu akan ingat org yg cakap kasar, org jeling ke, org langgar kita ke..Tapi yang ramai2 senyum, gelak bersama2 kita..tak pernah kita peduli kan..

- Percaya apa yg berlaku..ada hikmah disebaliknya..ada sebab-musababnye sendiri. Selalu dengar ayat ni kan, bahkan selalu gunakan ayat ni bila ade antara kawan2, sedara-mara kita menghadapi masalah. Tapi kita sendiri, nak redha bila ade sesuatu berlaku..susah gak kan. Time ni lah, family and friends memainkan peranan.

- Bila sedih, pikirlah ade org lain yg lagi teruk keadaannya drpd kita. Ni tak, asyik2 rasa kita paling teruk, kita paling sedih..nasib tak pernah menyebelahi kita pun..dunia tak adil. Dah tu..sampai bila2 pun kita di takuk yg sama..bermuram durja je lah.

Musibah tu macam warning..agar kita mendekatkan diri padaNya. Warning untuk ingatkan kita, apa yg dah kita lakukan selama ni..good things..bad things. Peringatan untuk kita sebelum sampai ke hujung waktu. Ingatlah..semua yg berlaku, terdapat hikmahnya. Kita hanya merancang, bukan yang menentukan. Kadang2 kita tak perasan yang diri kita lagi kuat daripada yang kita tahu..tup2 kita dapat melepasi sesuatu musibah tu. Pergh..hebat tuh. Percayalah..Allah menentukan perjalanan setiap kita berbeza-beza. Jangan comparekan dengan orang lain. Yakinlah dengan kekuasaanNya & ketentuanNya. :)

Saturday, May 12, 2012

Walk Away or Try Harder

A big company is the same with a friend that we need them more than they need us. Either you walk away or try harder. If you try harder, maybe one day, your effort will bee seen. If you walk away, they won't come after you at all and that's what hurt the most.

Tuesday, May 1, 2012

One Step Further..

1st May..

Maybe it just a small step..
Maybe it's nothing compared to others..
Maybe it's nothing at all..

But today..means a lot to me..
One small step..still a step further..
Alhamdulillah.. >.<


Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

(Surah Ibrahim: 7)

Wednesday, April 18, 2012

Argghh...!!!

Arrgghh...tensionnye..


Nape..?


Ni keje aku ni..tak siap lagi..


Laa buat je la..bile buat..siap punya..


Memangla boleh siap..tapi ni haa..


Haa apenye..?


Ni laptop aku ni..


Nape ngan laptop ko..buat hal ke?


Tak..bukan..tidak sama skali..

Dah tu..?


Ni..budak ni..duduk kat tengah2 ni..cane? Nak marah pn tak bleh..posisi die yg terbaik nih..





Alahai..nasib aku la dpt kawan cenggini..

Monday, April 16, 2012

TV vs LCD

Aku: Homework BI..My Hobby.Yang ni tak siap lagi kan..haa ape hobi Azam?


Azam: Hobi kite watching television. Ateh, tolong la lukiskan gambar TV.


Aku: Ala..Azam lukis je la petak2 macam ni (smbil tunjuk tv yg sedang terpasang)..


Azam: Ala..Ateh la lukisss..
Aku: Haish..Ateh lukis kat kertas lain dulu ek..nanti Azam lukis sendiri.. (sambil lukis kat kertas kosong).


Seketika kemudian..


Aku: Haa..camni bleh?


Azam: Ape Ateh lukis ni..ni macam kotak je..


Aku: Laa..memang la mcm kotak..bezanye die ada antena..tak nak ke? (sambil tgk gambar aku tu, teruk sgt ke?..aku rase dlm byk2 benda..tv je yg aku bleh lukis kot..)


Azam: Tak nak..tak cantik..



Aku pn termenung tengok tv kat depan tuh..hmm try la tiru sket2 tv depan ni (sambil smbg melukis)..



Aku: Haa camni jadi tak..?


Azam: Haa ni baru nampak macam tv..


Aku: Kire jadi la gambar tv Ateh ni..(huh lukis LCD screen baru kenal)


Azam: Hmm (sambil angguk2)..


Aku: Haa try la buat dekat kertas Azam..


Azam: Kite nak buat hobi swimming lah..tak jadi watching television..


Aku: Laa..pulak (sambil tepuk kepala)


Macam2..bile daddy die balik..pandai plak nak lukis sendiri..huh.
Ape pun..cepatnya zaman berubah..tv ada antena pun dah tak tau..


Thursday, April 12, 2012

Kisah Si Gagak Berlagak Helang

Pada zaman dahulu, terdapat satu geng gagak yang dikenali ramai. Ini adalah disebabkan oleh seekor gagak yang gagah dikalangan kawanan itu. Gagak tersebut berbadan seperti helang, bulu yang berkilat, bersuara nyaring dan ditakuti oleh kawanan burung yang kecil dek kerana suaranya yang nyaring itu.


Disebabkan oleh prestasinya yang hebat, gagak tersebut ingin mencuba nasib untuk menjadi geng helang yang digeruni ramai. Setelah ditemuduga, kawanan helang tersebut bersetuju menerima gagak tersebut kerana seringkali mendengar gosip yang suaranya amat nyaring.


Oleh kerana gagak tersebut tahu kehebatannya adalah suara yang nyaring, dia menggunakan suara yang ada untuk membantu kawanan helang tersebut walaupun tidak diminta. Sekiranya kawanan helang sedang khusyuk memburu, si gagak akan memberi amaran dengan suaranya apabila terdapat kawanan helang lain ataupun musuh helang berada di kawasan berdekatan. Sekiranya hari makin gelap, si gagak akan mencari kawasan tidur terbaik untuk helang dan menghalau burung2 lain yang berdekatan tempat itu dengan suaranya. Makanan hariannya adalah sisa makanan yang helang tinggalkan setelah mereka kekenyangan.


Setiap hari gagak akan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sehingga pada suatu hari, gagak teringin mencuba nasib sebagi pemburu juga. Namun begitu, gagak menghadapi satu masalah kerana dia bukanlah burung pemburu yang hebat. Dia tidak boleh terbang begitu lama dan tidak pandai menerkam dan mencengkam pemangsa di laut mahupun di daratan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersuara nyaring dan menyebabkan semua pemangsa mudah melarikan diri.


Perkara ini tidak digemari oleh kawanan helang sehinggalah satu hari pergaduhan berlaku antara mereka. Akibatnya, sayapnya terkoyak terkena kuku, kakinya terhenjut mempertahankan diri, kepalanya botak dipagut manakala suaranya hilang akibat dicengkam di bahagian leher.


Dia mahu kembali ke kawanan gagak, namun tiada seekor gagak pun yang mengenalinya disebabkan fizikalnya yang berlainan. Pada mereka, itu bukan spesis mereka disebabkan saiz badan sedikit besar, fizikal yang amat berlainan dan tidak mempunyai suara. Lalu, mereka hanya terbang ke lain meninggalkan gagak. Gagak juga tahu, dia tiada sebarang kelebihan pun sekiranya ia kembali ke kawanan helang kecuali sebagai gagak yang sentiasa dipagut dek helang.


Oleh kerana dia masih mahu hidup, gagak masih mengikuti kawanan helang secara perlahan dan senyap2. Bila disedari, kepalanya akan menjadi mangsa. Namun, bagi gagak dia masih boleh hidup dengan memakan sisa makanan yang ditinggalkan oleh helang walaupun perit menerima segala perlakuan. Gagak tahu dia kini tidak memiliki mana2 kawanan pun. It become OUTSIDER in any side..and will NEVER be good enough for any group. It just stay alive without any meaning rather than 'have to live'. No friend and no advantages. Any group can stay alive without gagak's help though.


-The End-



p/s: Cerita ini hanyalah rekaan semata2. Tiada kena-mengena dengan mana2 helang mahupun gagak. Tolong jangan prejudis terhadap mereka ya. Walaupun kisahnya macam tragis, complicated and some sort of fool..itu adalah jalan yang dia pilih (dlm cite ni la..). Walaupun banyak mana pun kebaikan yang die telah lakukan untuk helang, tidak akan diingati dengan kesalahan yg telah dilakukan.



Tuesday, February 7, 2012

Cabut gigi...ouch!!

"Kat mane tu?"

"Dalam keta, baru balik dari klinik gigi, Mak cabut gigi", kata Adik.

"Owh..cabut gigi..dah tu Mak tak boleh cakap la tu", sambil bayangkan mulut Mak yg penuh dgn kapas.

"Aah..tak boleh cakap, tapi nak bercakap jugak tuh"

"Nak bercakap jugak..?"

"Haha tapi bile nak bcakap, die gelak dulu..nak bcakap je..die gelak lagi"

"Hahaha mesti ada benda ni", aku cakap sambil gelak. Mak kalau ade bende die rasa kelakar, mesti tak sempat2 nak bercerita..tapi belum sempat ape2 die gelak dulu..kadang2 sampai berair mata.

"Hehe dah percubaan ke berapa baru boleh cerita. Mak kata, dia cabut gigi, bukan dia yang menjerit, doktor tu yang menjerit", kata Adik sambil ketawa.

"Nape, gigi Mak lain macam ke?"

"Tak de lah, lepas cabut, doktor taruk kapas sambil suruh Mak gigit kapas tu, tup2..sekali dengan tangan2 doktor tu die gigit daa.."

"Hahaha, aik Mak cabut gigi geraham ke..?", seingat aku, gigi geraham Mak sume dah tak de.

"Tak, gigi depan. Tu yg doktor tu confident sgt yg die boleh larikan jari die dengan jayanya. Rupenya Mak lagi cekap mengatup giginya.. ", kata Adik sambil ketawa terkekek.

"Lantas doktor pun menjerit sekuat ati.." sambung aku.

"Haish..Mak2..macam2..", kata aku sambil gelak besar. :p

Monday, February 6, 2012

Saya suka tengok awak makan...

"Saya suka tengok awak makan"


"Haa, makan macam ni? Mak kata, orang makan macam ni tak boleh bawak ke majlis. Wat malu je.."


"Nope, it just...not pretending"


"Hmm makan macam ni baru nikmat..hehe" (sambil gelak, wat cover muke dah merah..ade ke perhati aku makan)



Haa kalau makan breakfast Sausage McMuffin with Egg, memang tak boleh cover2. It just the way I finished it up, just like budak2. Ape taknye, lapisan roti yang atas makan dengan telur. Bahagian yang bawah, makan dengan daging yg ada cheese tu. Even tak la suka sangat makan telur yg di masak macam tu, tapi bila ada telur, boleh kurangkan roti yang akan dimakan dengan daging. Lantas, kelazatan daging dapat dinikmati. Nyumm..




Untuk makluman, dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata. Ia hanyalah mainan hati yg baru2 ni banyak baca novel. Namun, terdetik juga dalam ati, kalo betul2 jadi pun ok. Ahaks..




Haa..I'm craving breakfast McD..again..

Sunday, February 5, 2012

A Troublesome Friend

Weekend kali ni, cuti lama sket sbb dah joint venture dgn cuti Keputeraan Rasulullah then Thaipusam pulak. Tapi kali ni tak balik kampung even ada kenduri..uwaa budget dah lari. Last month dua kali balik kampung, tukar 4 tayar keta, service keta major.. Mak aih.. duduk terjelepuk dah nih.


Bila cuti lama then tak balik kampung, kalau takde plan lain..memang tak tau nak buat apa.

Mulalah cari kawan..ajak kuar minum, jalan-jalan. Kebanyakannye balik kampung, yg dah ada family..ada plan sendiri. Dengan muka tak malu, cuba2 juga msg, sape yg available nak melayan member yg sepi nih. Hehe. Namun, mission gagal jua. :(


Pada member yg dah kawin..apesal korg kawin cpt sgt, tinggal aku sorang2. Walaupun dlm ati tau dh..aku yg lambat. Still, nak tegakkan benang yg basah..korg yg cpt sangat..huh!


Pada member yg single but not available..hish..asyik sibuk wat persiapan. Ok..tak nak kacau. Sarang tebuan jangan dijolok..tgh stress tuh.


Pada member yg available..boring jugak asyik tgk muke aku je kan..Kuikui. Doa le cpt2 aku 'blah' dari plan weekend korg. :)


Untuk kengkawanku..


For being such a troublesome friend, it's my mistake

For not making you need me..as much as I need you, it's my mistake

For count on you more than you can count on me, it's my mistake

For not being a good friend, it's my fault

For not having a big heart, it's my fault

For not doing what I'm supposed to do, it's my fault


Please forgive me for being like this

Always pray for your happiness & healthiness

That's just a right thing that I can do for you :)


p/s: Bukan lirik lagu apa2 ye..garapan hati sendiri. Hihi jiwang lak rasa tetiba.