Saturday, December 10, 2011

Gerhana

"Malam ni gerhana bulan, sampai 1 pagi gak. Tengok la, kat sane tak ujan kan", kata Mak. Hmm Mak kalo ada perkara ala2 sains memang semangat. Almaklumlah, ex-cikgu sains. Sebab Mak dah pesan sungguh2, duduk la aku sorang-sorang kat luar rumah kol 10 malam. Langit memang cantik & terang. Mana bulan..owh sana..tadi terlindung ngan awan. Aku tengok bulan..bulan tengok aku tak..?

Aish tetiba rasa blues mehampiri diri, so layan la blues jap kat luar sorang-sorang. Kalo la ada bebudak ni, mesti dah bising, bukan sbb nak tengok bulan, tapi nak main. Pantang org bukak grill. Tapi ari ni bukak grill luas2 pun, takde orang berebut nak keluar. Aku sorang. Dorang keluar, tak balik malam ni..nak uwi andi ool, kata Ana. Ahh nak mandi pool..padahal awak tu demam. Kat mana tak tau. Kenapa la tak cakap awal2, at least mental dah prepare nak kena tinggal sorang.

Bila tinggal sorang, tv yg ada cerita menarik pun jadi boring, perut lapar pun rasa tak nak makan, nak tido pn mata terkebil2..awal lagi kot. Nak call member-member, kot mengacau lak. Dah la malam, ari cuti lak tuh. Nak call mak, buat dia riso je nak angkat tepon. Dah borak petang tadi, kang dia igt ada apa2 urgent lak tepon malam. Time ni la rasa nak balik kampung..waa nak balik.

Takpelah, tengok bulan pun bulan la (ada rasa sedih di situ. Background sound: Hattan-Gerhana). Haish, hari ni memang gerhana.. ;(

Sunday, November 27, 2011

Pembakaran vs terbakar


Mak aih..dasyatnya org ni bakar sampah. Mesti bakar tayar ke..or apa2 yg mengandungi kandungan getah, plastik or bahan gentian lain. Sbb asap hitam dia, sampai tingkat 15 ni pun bleh nampak. Ish..ish.. tiada kesedaran sivik langsung. Bumi ni dah tua..demi masa depan anak-anak kita nanti, tolonglah jaga.

Sebagai individu, takkan nampak kesannya pun kalau kita tak jaga alam sekitar. Takat buang satu bungkus makanan polistrin, takkanlah bumi yg luas ini nak rosak kot. Macam badan kita tercucuk pin, sakitnya kejap aje. Tak nampak pun kesan luka. Tapi kalau semua org cucuk pin pada kita, mau masuk hospital juga. Tak campur lagi kalau ada jenis pin berbeza, kekuatan mencucuk berbeza..pastu yg lagi jahat taruk racun kat pin lak. Hehe secara analoginya la.

Antara tip2 menjaga alam sekitar kita:

- Tidak membuang sampah merata-rata. Perlu buang tabiat membuang sampah di tempat tak sepatutnya kerana hendak bersihkan kawasan kita. Cth: tolak sampah dalam longkang ke kawasan longkang jiran, buang sampah drpd dalam kereta, bakar sampah di kawasan jiran..dll)
- Kelaskan sampah mengikut sampah yang boleh dikitar semula atau tidak.
- Mengurangkan penggunaan beg plastik (bakar plastik -> bebaskan asid hidrogen -> gugat ekologi alam)
- Guna sumber alam secara berhemah, boleh mula dari penggunaan air & eletrik di rumah.

Dah merepek byk2 ni, baru tersedar asap tu dah kurang. Baru rasa nak pi tengok kat tingkap. Tengok-tengok ada 2 buah kereta bomba kat situ. Owh.. memang terbakar betul. Patutla.. Habis semua rumah kongsi untuk tapak projek pembangunan tu hangus. Tapi tiada kemalangan jiwa sebab semua rumah kongsi kosong berikutan kerja-kerja pembinaan dah selesai.

Menurut bomba, maklumat lewat diterima dan hampir 70% kawasan tersebut telah hangus ketika mereka sampai. Mujur kebakaran dapat dikawal sebelum merebak ke sekolah berdekatan. Huhu so bukan saja2 buat pembakaran terbuka la..ahaks.


Gambar ihsan Harian Metro. Aiseh..kenapa la aku tak snap je gambar dari ofis. Original skit.




Saturday, October 1, 2011

Terima kasih ye..

Petang Sabtu, saja jalan2 di satu Mall ni sekitar Bangi. Terbelilah barang yang memerlukan kedua-dua belah tangan digunakan. Barang yg sedikit besar tp masih boleh dibawa sendiri. On d way ke parking basement, kena la pulak bukak pintu ke basement. Dia tak auto daa.




Dalam dok terkial-kial sebelah tangan pegang benda berat, sebelah lagi nak bukak pintu, nampak la sebelah sana ada 3 beradik baru nak masuk pintu tu (bajet siblings sbb muka lbh kurang). As I can see them, dorang pn sure nampak aku kan. Yg si kakak cepat2 meluru ke pintu, igtkan nak tolong pegangkan pintu..rupa2 nak lalu dulu sbb tgk aku bwk benda yg akan amik masa kalau lalu dulu. Menyenget2 la aku tolong pegangkan pintu tuh..




At least kalau senyum pun dah ok. Ini tak pandang langsung. Aku dah senyum sinis dah. Seorang, dua orang lalu..yang last tuh kecik lagi, dalam 8 tahun gitu. Tetiba dia stop kat pintu, pandang aku then sambil senyum dia sebut 'terima kasih ye'. Abis hilang rasa nak marah, rasa berat barang pun hilang. Hati berbunga-bunga.. rasa macam org baru announce aku pekerja terbaik tahun ni. >_<




Apa yg sedih, org2 yg mampu fikir, hanya menutup mata & menganggap perkara remeh begini tak perlu dibuat walhal tiada apa pun yg rugi. Betapa tingginya nilai murni yg ditunjukkan oleh adik kecil tersebut. Adik tu telah buat sesuatu pada aku tanpa aku dapat buat apa2 sebagai pulangannya. Dalam tak sedar, bukan org yg dihargai shj yg gembira, malahan org yg menghargai pun dapat point juga. Hati akan lebih gembira bila dapat mengembirakan org. Semoga adik tu sentiasa gembira & tak lupa nilai2 ni bila dah besar.




Dale Carnegie dalam buku dia ada sebut "There is one all-important law of human conduct: always make the other person feel important" & William James plak kata "The deepest principle in human nature is the craving to be appreciated". Terima kasih & senyuman, perkara yg tiada kos tapi adalah nilai yg sgt mahal harganya. :-)

Gambar Stereogram..ilusi mata manusia.

http:www.vision3d.com



Kecil-kecil dulu, ayah or kami panggil apak selalu beli benda-benda yg boleh kami adik-beradik main sama2. Kebanyakannya mainan mcm Monopoly, Domino, chess, congkak dan macam2 lagi. Kalau kumpul2 boleh buat Kelab Permainan Dalam. Dalam banyak2 games, ada gak stuff utk buat simple magic. Termasuklah daun terup, besi2 kembar yg kejap kembar siam, kejap kembar baru operate..haha (apetah nama sbnr..) & buku2 3D.



Dalam buku 3D tu ada gambar2 kosong macam gambar gula2 kat atas ni. Apak kata, kalau tenung lama2, nanti ada gambar 3D yg akan timbul. Terbayang lagi macam mana riuhnya kami sebab tak nampak apa gambar yg timbul tuh. Macam2 cara juga apak ajar, tengok jari la, zoom mata ke objek jauh selari dgn gambar la. Macam2..akhirnya dapat jugak. First nampak mcm ada benda timbul, bila mata dah biasa, baru boleh nampak keseluruhan gambar.



Menurut vision3d.com, tips untuk dapat tengok gambar 3D ni atau juga dikenali dgn nama gambar stereogram:



1) Cuba tengok, tenung and fokus pada satu objek. Cth, kerusi ke, karpet ke, corak pd dinding ke..



2) Perlahan2 bawa kedua2 jari telunjuk kita ke depan mata (dr pandangan mata, jari berada pada hadapan objek pertama yg kita tgk tadi).



3) Cara pandangan masih seperti kita tgk objek di belakang, tapi pada masa yg sama kita dapat lihat kedua-dua jari telunjuk macam ada sosej koktel kat tgh2 jari, seperti gambar di bawah ni. (oit, tu jari kite gak tau).


4) Kalau dah dapat lihat, maknanya anda dah dapat tgk secara 3D dah tuh.

5) Cuba tukarkan objek yg kita fokus mula2 td dgn gambar 3D yg anda nak lihat. (cuba gambar gula2 kat atas). Cuba cari mana lagi gula2 yg tersembunyi.




Selamat mencuba!

Friday, September 30, 2011

Dengar-dengarnye..iPhone 5!!

Korang-korang..dengar crite iPhone 5 dah nak keluar. Waaaa bestnye.
Baca kat MSN Malaysia.. (source gambar pn dari MSN) :


Katanya.. nak launch 4 Okt, 10pg (kol 1pg waktu Msia), kat California.

Katanya.. cover iPhone 5 ada perubahan..maybe lbh kurg iPad 2 dgn bucu2 aluminium yg bulat & nipis (should be lagi ensem).

Katanya.. iPhone 5 lebih bagus, lebih laju malah lebih tegap.

Katanya.. ada feature ala2 voice control. Cthnya ckp 'dial no tepon mak', then dia dialkan. Tp bhs melayu xtau la dia paham ke tak..dia ngaji bhs Inggeris je kot. Dah lahir pn kat sana. Hehe kalau boring2 boleh la main sifir ke dgn dia. '3 darab 3'..hah jawab teponku jawab.

Katanya.. skrin dia lagi luas, skrin kaca, lekuk di bucu.

Ini suma still khabar angin. Nanti launch, pi lah tgk sndri. Tgk features, warna, harga. Jgn lupa tgk pakej dia, aksesori & waranti sekali. Alahai..iPhone 5..harap mimpi duit berkeping2 bwh bantal, sok bangun mmg ada. (jgn mlm2 ngigau bjalan pi mencurik udah).

Wednesday, September 28, 2011

Pindah Rumah!!

Waa dah sekian lama tak menjenguk blog nih. Dah masuk 3/4 tahun 2011, dah abis Ramadhan, Aidilfitri pun dah..tup2 dalam news inform hari ni adalah penerbangan pertama tahun 2011 bagi bakal jemaah yang akan menunaikan haji. Cepatnya...Keje pun dah setahun stgh kat sini.




Bulan ni ramai member yg pindah rumah. Ada pindah sbb dapat keje, ada pindah sbb tukar angin..ada pindah sbb xde internet haha. Sebagai org yg tak pernah pindah rumah & bertukar rumah sewa, baru tau nak pindah ni byk peringkat dia. Dari survey ringan2, sampai survey calling2, pastu appointment tgk rumah, compare, check harga sewa, deposit, environment, security, size, accomodation, public transport..Kalo dah dapat pilih, nak ngangkut barang lak. Bukan boleh main angkut je, tambah2 pompuan, dari sebesar benda smpai sekecil-kecilnye..suma ada. mak aih mcm2 kena consider.




Ape2 pun setiap org ada pilihan masing. Umah camne, bilik berapa, kat mana..besar mana. Haha, teringat satu post dari blog http://www.ohtidak.com, ada jualan rumah teres tanpa bilik tidur. Manusia mmg tak lekang dari membuat kesilapan dan kadang2 silap itu menceriakan lagi hidup kita. :)