Thursday, April 12, 2012

Kisah Si Gagak Berlagak Helang

Pada zaman dahulu, terdapat satu geng gagak yang dikenali ramai. Ini adalah disebabkan oleh seekor gagak yang gagah dikalangan kawanan itu. Gagak tersebut berbadan seperti helang, bulu yang berkilat, bersuara nyaring dan ditakuti oleh kawanan burung yang kecil dek kerana suaranya yang nyaring itu.


Disebabkan oleh prestasinya yang hebat, gagak tersebut ingin mencuba nasib untuk menjadi geng helang yang digeruni ramai. Setelah ditemuduga, kawanan helang tersebut bersetuju menerima gagak tersebut kerana seringkali mendengar gosip yang suaranya amat nyaring.


Oleh kerana gagak tersebut tahu kehebatannya adalah suara yang nyaring, dia menggunakan suara yang ada untuk membantu kawanan helang tersebut walaupun tidak diminta. Sekiranya kawanan helang sedang khusyuk memburu, si gagak akan memberi amaran dengan suaranya apabila terdapat kawanan helang lain ataupun musuh helang berada di kawasan berdekatan. Sekiranya hari makin gelap, si gagak akan mencari kawasan tidur terbaik untuk helang dan menghalau burung2 lain yang berdekatan tempat itu dengan suaranya. Makanan hariannya adalah sisa makanan yang helang tinggalkan setelah mereka kekenyangan.


Setiap hari gagak akan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut sehingga pada suatu hari, gagak teringin mencuba nasib sebagi pemburu juga. Namun begitu, gagak menghadapi satu masalah kerana dia bukanlah burung pemburu yang hebat. Dia tidak boleh terbang begitu lama dan tidak pandai menerkam dan mencengkam pemangsa di laut mahupun di daratan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersuara nyaring dan menyebabkan semua pemangsa mudah melarikan diri.


Perkara ini tidak digemari oleh kawanan helang sehinggalah satu hari pergaduhan berlaku antara mereka. Akibatnya, sayapnya terkoyak terkena kuku, kakinya terhenjut mempertahankan diri, kepalanya botak dipagut manakala suaranya hilang akibat dicengkam di bahagian leher.


Dia mahu kembali ke kawanan gagak, namun tiada seekor gagak pun yang mengenalinya disebabkan fizikalnya yang berlainan. Pada mereka, itu bukan spesis mereka disebabkan saiz badan sedikit besar, fizikal yang amat berlainan dan tidak mempunyai suara. Lalu, mereka hanya terbang ke lain meninggalkan gagak. Gagak juga tahu, dia tiada sebarang kelebihan pun sekiranya ia kembali ke kawanan helang kecuali sebagai gagak yang sentiasa dipagut dek helang.


Oleh kerana dia masih mahu hidup, gagak masih mengikuti kawanan helang secara perlahan dan senyap2. Bila disedari, kepalanya akan menjadi mangsa. Namun, bagi gagak dia masih boleh hidup dengan memakan sisa makanan yang ditinggalkan oleh helang walaupun perit menerima segala perlakuan. Gagak tahu dia kini tidak memiliki mana2 kawanan pun. It become OUTSIDER in any side..and will NEVER be good enough for any group. It just stay alive without any meaning rather than 'have to live'. No friend and no advantages. Any group can stay alive without gagak's help though.


-The End-



p/s: Cerita ini hanyalah rekaan semata2. Tiada kena-mengena dengan mana2 helang mahupun gagak. Tolong jangan prejudis terhadap mereka ya. Walaupun kisahnya macam tragis, complicated and some sort of fool..itu adalah jalan yang dia pilih (dlm cite ni la..). Walaupun banyak mana pun kebaikan yang die telah lakukan untuk helang, tidak akan diingati dengan kesalahan yg telah dilakukan.



No comments:

Post a Comment