Sunday, November 27, 2011

Pembakaran vs terbakar


Mak aih..dasyatnya org ni bakar sampah. Mesti bakar tayar ke..or apa2 yg mengandungi kandungan getah, plastik or bahan gentian lain. Sbb asap hitam dia, sampai tingkat 15 ni pun bleh nampak. Ish..ish.. tiada kesedaran sivik langsung. Bumi ni dah tua..demi masa depan anak-anak kita nanti, tolonglah jaga.

Sebagai individu, takkan nampak kesannya pun kalau kita tak jaga alam sekitar. Takat buang satu bungkus makanan polistrin, takkanlah bumi yg luas ini nak rosak kot. Macam badan kita tercucuk pin, sakitnya kejap aje. Tak nampak pun kesan luka. Tapi kalau semua org cucuk pin pada kita, mau masuk hospital juga. Tak campur lagi kalau ada jenis pin berbeza, kekuatan mencucuk berbeza..pastu yg lagi jahat taruk racun kat pin lak. Hehe secara analoginya la.

Antara tip2 menjaga alam sekitar kita:

- Tidak membuang sampah merata-rata. Perlu buang tabiat membuang sampah di tempat tak sepatutnya kerana hendak bersihkan kawasan kita. Cth: tolak sampah dalam longkang ke kawasan longkang jiran, buang sampah drpd dalam kereta, bakar sampah di kawasan jiran..dll)
- Kelaskan sampah mengikut sampah yang boleh dikitar semula atau tidak.
- Mengurangkan penggunaan beg plastik (bakar plastik -> bebaskan asid hidrogen -> gugat ekologi alam)
- Guna sumber alam secara berhemah, boleh mula dari penggunaan air & eletrik di rumah.

Dah merepek byk2 ni, baru tersedar asap tu dah kurang. Baru rasa nak pi tengok kat tingkap. Tengok-tengok ada 2 buah kereta bomba kat situ. Owh.. memang terbakar betul. Patutla.. Habis semua rumah kongsi untuk tapak projek pembangunan tu hangus. Tapi tiada kemalangan jiwa sebab semua rumah kongsi kosong berikutan kerja-kerja pembinaan dah selesai.

Menurut bomba, maklumat lewat diterima dan hampir 70% kawasan tersebut telah hangus ketika mereka sampai. Mujur kebakaran dapat dikawal sebelum merebak ke sekolah berdekatan. Huhu so bukan saja2 buat pembakaran terbuka la..ahaks.


Gambar ihsan Harian Metro. Aiseh..kenapa la aku tak snap je gambar dari ofis. Original skit.